Penubuhan organisasi He'et alNapadh alLahkan alShariat Sulong bin Abdul Kadir

Pada tahun yang sama, Haji Sulong turut menubuhkan organisasi Islam di Patani, "He'et alNapadh alLahkan alShariat" atau Pergerakan Melayu Pattani (Patani Malay Movement-PMM) dengan matlamat menggalakkan kerjasama antara pemimpin Melayu bagi menentang campur tangan kerajaan dalam cara hidup Islam.

Pada 1948, kerajaan Khuang membenarkan penangkapan Haji Sulong. Pada 16 Januari 1948 Haji Sulong dan rakan-rakannya ditangkap dan dituduh derhaka. Sebagaiman dijangka, penahanan tersebut mencetus bantahan dan rasa tidak puas hati di kawasan tersebut. Peguam jajahan Pattani kemudiannya meminta perbicaraan dipindahkan ke daerah Nakhon Si Thammarat.

Selepas perbicaraan, dia dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun yang kemudiannya dikurangkan kepada empat tahun dan lapan bulan sebelum dia dibebaskan pada 1952. Haji Sulong kemudian kembali ke Pattani, yang ketika itu sedang bergolak. Pada tahun 1954 dia hilang dengan tiba-tiba selepas melapor diri ke pejabat Polis Cawangan Khas di daerah Songkhla.

Ini menimbulkan kepercayaan ramai bahawa dia dan anak sulungnya, Wan Muhammad, telah dibunuh oleh polis Thai dengan arahan Jeneral Phao Siyanond, ketika itu Director-General Jabatan Polis, pada malam 13 Ogos 1954. Mereka dikatakan diikat kepada batu dan dicampak ke laut berhampiran pulau Nu.